Want your
own Fotopage?






 
Fariz, Ita, Fathnin & Fateh's FotoPage
fariz
By: fariz ali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 10-Feb-2009 13:31 Email | Share | | Bookmark
KAMI SUDAH BERPINDAH --> http://www.juwitafariz.blogspot.com/

KAMI SUDAH BERPINDAH --> http://www.juwitafariz.blogspot.com/

KAMI SUDAH BERPINDAH --> http://www.juwitafariz.blogspot.com/

KAMI SUDAH BERPINDAH --> http://www.juwitafariz.blogspot.com/

KAMI SUDAH BERPINDAH --> http://www.juwitafariz.blogspot.com/

KAMI SUDAH BERPINDAH --> http://www.juwitafariz.blogspot.com/

KAMI SUDAH BERPINDAH --> http://www.juwitafariz.blogspot.com/

Care to comment?


Wednesday, 12-Nov-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perpisahan Fathnin di Taska PPkk Bijak Bistari

 
 
 
Hari ini hari terakhir fathnin ke taska.. so mama dan papa plan buat sikit majlis perpisahan untuk fathnin sebagai ingatan untuk kawan2 dan teacher2 dia. Mama beli kek, masak sikit makanan ang beli gift buat teacher dan kawan2 fathnin. muka fathnin hari tu nampak mecam tercengang je sebab tak pernah buat majlis macam ni di taska untuk dia... setiap kali birthday fathnin je mesti bulan puasa so tak berkesempatan la.. to fathnin teacher thanks sebab jaga dan ajar anak mama ni..

Nak tanya.. Ok tak PPKK ni? coz saya lihat banyak dah tadika di sekitar di Negeri Melaka. Fathin dah masuk darjah 1 ya? Wed 31-Dec-2008 07:49
Posted by:MAMA Melaka
fathnin masuk taska PPKK ni dari umur 3 bulan.. so sampai 3 tahun lebih .. majlis ni buat sebab kami nak ke jepun ikut papa fathnin sambung belajar.. bagi saya tadika ni bagus dan fathnin cepat sangat belajar.. ok la.. kalau nanti lepas balik dari jepun pun rasanya nak hantar adik dia plak.. Tue 13-Jan-2009 11:11
Posted by:moderator
boleh beri alamat nak survey.harganya berpatutan tak Mon 27-Apr-2009 14:02
Posted by:amanda
Add comment


Tuesday, 23-Sep-2008 22:04 Email | Share | | Bookmark
Majlis Berbuka

Fateh terkini
Fathnin terkini
Semalam ada majlis berbuka...sempat jugak merakamkan gambar anak-anak yang terkini.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Welcome to the club!!!

Satu kata2 semangat yg saya pegang utk terus menyusu baby "time keja satu hari tinggal anak kat org..sekurang-kurangnya bila kita bekalkan ebm kat dia rasa dekat kita dengan dia walaupun dia xde dengan kita.."
Mon 13-Oct-2008 07:58
Posted by:raikonah  - [Link]
Saya baru jumpe fotopages nie..tu pun sbb saya jengah website moms little ones.saya tercari cari breast pump sbb sya berhasrat nk menyusu anak sya sepenuhnya dgn susu badan..alhamdulillah saya dikurniakan susu yang bnyk oleh Allah..tapi sya kecewa dgn breast pump yg sya bli di pasaraya..tak berfungsi sperti yg sya harapkan..susu tak keluar langsung malah susu lebih bnyk kluar bile sya perah..tapi ambil masa yang lame untuk penuhkan bekas..sbb tu sya tercari cari breast pump yang mampu kluarkan susu dlm ms yang singkat..saya juga akan start bekerja lagi 2minggu..smpatke untuk sya order breast pump nie?.. Sat 18-Oct-2008 09:49
Posted by:Nurul Firdaus Binti Osman idaosman@yahoo.com
Jenis breast pump yg bagaimana yg telah saudari beli dan tidak berfungsi spt yg diharapkan tu? Berkenaan order tu puan boleh berhubung atau call terus dgn tuan punya business mom's little one tu...sypun hanya customer biasa shj. Harap maklum.
p/s: Sememangnya breastfeeding memerlukan banyak pengorbanan. Banyak faktor yang mempengaruhi pengeluaran susu ini. Breast pump yang baik berkemungkinan salah satu faktor tersebut. Sy menggunakan Spectra 3 yg dibeli secara online drpd mom's little one.
Wed 22-Oct-2008 01:40
Posted by:Moderator
Add comment


Sunday, 14-Sep-2008 05:36 Email | Share | | Bookmark
Cara menyusukan anak untuk wanita berkerjaya

1. Pump
2. Double pump
3. Result 4Oz
View all 9 photos...
SEKADAR BERKONGSI MAKLUMAT UNTUK MENGGALAKKAN IBU MENYUSU. SEMOGA USAHA SAYA INI DIREDHAINYA:

1. Pam-gunakan sebarang pam, manual atau elektrik (Dlm kes saya jenis elektrik Spectra3) sebanyak 8 kali sehari. Jangan bimbang susu tak mencukupi...semakin kerap anda mengepam, semakin banyak susu dijana. Ada orang boleh menghasilkan sehingga 250 bekas.Pastinya ia juga bergantung atas diet anda. Minum banyak air dan makan makanan yang sihat. Antara petua untuk banyakkan susu, kurma, air bali, soya, milo, oat, longan kering direbus buat air dll.
2. Boleh simpan dalam peti ais bahagian beku dan labelkan. Guna ketika perlu. Susu dalam bahagian peti ais bahagian beku ini mampu bertahan selama 3 bulan. Simpan menggunakan bekas mengikut sukatan sekali minum (lebih kurang 3.5oz).
3. Bawa keluar 1 bekas ketika perlu
4. Masukkan air panas ke dalam bekas
5.Tujuannya untuk panaskan susu beku tadi
6.Masukkan ke dalam botol (sesetengah budak cerewet tentang botol dan puting.Saya menggunakan jenama MAM dibeli secara online di website: www.momslittleone.com. Putingnya lembut, elakkan colic)
7.Susukan anak. setelah dicairkan, boleh tahan 1- 1/ 2 jam dlm suhu bilik.
"SELAMAT MENYUSUKAN ANAK" BERIKAN YG TERBAIK UTK MEREKA

salam, Ita. Jumpa yr FP from wsite momslittleones.
I pun fully b/f my Hanna. Dah 5 bulan, alhamdulillah.
Cuma masalahnya, my Hanna x berapa nk minum thru botol. Mcm2 botol dh test & bli. Latest, I bru bli botol MAM tu. Kdg2 dia nk juga..tp if dh ngantuk or lapar sgt, dia x nk botol. Hmm..nasib ler nursery bwh ofis je, leh la turun kejap2 nyusu dia..
Mon 3-Nov-2008 11:26
Posted by:IzzasaifuL ~ Ibu Hanna  - [Link]
Salam Ita..
Kalau masih ingat, ni Myza dr KTF, Skudai. Kita pernah sama2 JKM dulu & duduk Blok 10. Jumpa fotopages ni dr MLO. Tak tau kenapa once nampak nama Ita & hubby rasa macam kenal.
Congratulation dpt BF baby. Saya pun sekarang fully BF my 14 months old daughter & pakai Spectra 3 jugak. Hope we can keep in touch.
Wed 5-Nov-2008 02:51
Posted by:Myza meczar_98@yahoo.com
salam...maaf saya jenguk2 sahaja, tp teringin pulak nak komen...

berkenaan tips no 2 : cadangan Aja, kalau dh kerja dan esok nyer nak bekalkan susu utk anak, simpan tempat sejuk sahaja. Sebab susu sejuk nih masih ada immunities and antibodies banding susu yang dibekukan...once susu beku...dh x de immunities n antibodies

Aja paste nota yang pernah Aja beri pada org ya...harap dpt jadikan panduan. Dah baca nk delete pon x per ...sebab panjang sgt letak kat sini

[quote]Salam, tumpang lalu....Alhamdulillah baby prefered fresh EBM than frozen. Actually Aja realised ramai yg x setuju if I mention that kita kena utamakan fresh EBM than frozen.Maafkan ya.. But that's the truth n trigger bila kita bekalkan EBM kepada bayi..especially below 6 months where it time for the baby to develope their immunities and antibodies. Mcm liyana ckp la, yana pon realised kan yang baby lebih suka fresh n tahu bahawa lebih antibodi inside.

Frozen EBM even berkhasiat, it has less immunities and antibodies, however masih lebih baik dr bg formula.

Kalau org tanyer Aja, biasa Aja akan nasihatkan utk mommies bg fresh EBM, perah today bg esok, nk lagi bagus... bekalkan yang perah semlm DAN yang perah semasa subuh2.

The correct practices is to perah dan tinggalkan utk baby. But its so impossible kan. So kita perah hari ini dan bg esok. Kalau ada extra, kita simpan as stok beku. Stok beku ini sebenarnyer utk contigency plan n emergency.

Then the question arise 'when should we used the frozen EBM?', IF a mother are able to produce more than the baby intake than might as well bekalkan semua fresh EBM, production yang berlebihan simpan sebagai beku. BILA? BILA? BILA? BILA NAK GUNA STOK BEKU TU? guna bile kita kekuangan fresh EBM utk baby, guna bila biasa kita boleh bekalkan 5 botol EBM, sekali ada masalah x dpt bekal 5, bekal 4 fresh so 1 boleh topup stok beku. (ini boleh rujuk thread 'bile nk guna stok beku')...

ABIS NANTI STOK EXPIRED? Tujuan kita bg EBM atau menyusukan bayi kita adalah utk bg khasiat terbaik kan? so kalau kita boleh bekalkan yang terbaik, kenapa kita nk bekalkan bukan yang terbaik? kalau kita terpaksa let go frozen stok..nk buat camne? Aja sendiri simpan over 100 stok beku and still usaha bg fresh EBM + 1-2 stok beku, stok beku tuh Aja rotate..keluarkan sehari satu je (my baby is 9 mos now)..masa dia below 6 mos, Aja bg semua fresh. Tujuan Aja selain khasiat, adalah supaya sebagai bfeedingmom Aja x bergantung pada stok beku. Sebaliknyer bile kita usaha bg fresh EBM, the more kita akan usaha utk pumping at work..

NATURE OF WORK.. --mcm kita baca kat thread 'nak buat ape stok beku banyak2' ..kebanyakan mommies ada alasan why dia simpan stok beku. Cth mcm Dr. Ain yang simpan 255 stok beku, why because her nature of work yang memerlukan dia on call, tinggal anak memalam, tinggal anak 2 3 hari. Kalau kita moms yang kerja opis 8-5, napa x usaha pump at work dan bg esok nyer..LEBIH..sila buat stok beku. Tak cukup stok beku baru guna frozen.

Gini la umpamanyer, napa baby lebih suka susu fresh EBM banding frozen. Umpama la kalau kita simpan ikan dlm peti ais 3 bulan, kita goreng ...sedap tak kalau banding ikan kita baru beli tadi kat TESCO?? mesti bezakan? kalau ikan nk mkn pon pilih ikan segar, awat kita nk bg anak kita frozen sokmo kalau boleh/cukup nk bg hat fresh..

Ada jugak Aja penah jumpa mommies, dia x paham..dia pam hari nih, balik umah dia bekukan semua. esok bg anak hat beku 3 bulan lepas...kesian sgt kat anak..kat mane khasiat nk dpt? just dr direct bfeeding mlm2? sure its enough?

So PLEASE mommies..even if you hate my statement on this pls fahamkan balik why you give EBM to your babies.. usaha utk simpan stok beku (sebab kita x tahu bile susu kita akan merudum atau masalah akan dtg atau bile kita akan sakit) TAPI in the same time must try to give fresh EBM..TQ

sekian, yang baik dtg dr Allah yang buruk itu dr kekhilafan kita sendiri..
.
.
.
ha...ada jugak bgtahu Aja camni, takut nanti anak x nak frozen EBM.But actually itu yang membuatkan kita sentiasa maintain pumping at work.
Fri 19-Dec-2008 18:19
Posted by:ajasu ajasuakeem@yahoo.com  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Sunday, 14-Sep-2008 05:21 Email | Share | | Bookmark
Electric Breast Pump-Spectra3

Delivered by courrier
Pump unit
Pump from above
Saya baru beli electric breast pump spectra3. Beli online kat website: www.momslittleone.com. Kami beli pakej berharga RM570...dapat double pump, beg, botol-botol, cooler packs etc.
Nanti dlm next slot sy terangkan how to breast feed?

macam printer Sun 14-Sep-2008 12:59
Posted by:unnamed
uii ..mahal tu... Wed 17-Sep-2008 05:33
Posted by:Liya  - [Link]
rasa nyer tak mahal..kalau nak campur duit susu anak sepanjang 2 thn pertama, lagi lebih dr RM500 rasanyer.. Fri 19-Sep-2008 03:57
Posted by:suraiya sue_ya@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 21-Jul-2008 05:16 Email | Share | | Bookmark

anak2 ku
fathnin..
fathnin dan fateh
View all 6 photos...
Waktu masih cuti bersalin ni ada juga masa terluang.. jadi untuk melepaskan ke'boring'an ita ambil gambar anak- anak yang tersayang... gambar fathnin terbaru pun lama tak upload dalam FP ni.. ini gambar fathnin yang terbaru.. sekarang dia dah berumur 2 tahun 9 bulan. Lasak, bijak bercakap dan kadang-kadang sampai mama tak larat nak layan.. bila jumpa orang lain, fathnin ini pemalu tak nak pula cakap banyak... fateh pula cool je orangnya... setakat ni alhamdulilah tak banyak kerenah.. rutin harian minum susu, tidur.. dan senyum sorang-sorang... mama rasa sejuk sangat tengok muka dia..anyway rasa happy sangat diberikan kesempatan menjadi ibu dan dianugerahkan anak-anak seperti fathnin dan fateh.

tahniah ita dapat baby boy...sorry lambat dapat tau baru sempat nak tgk fotopages ni..muke fateh macam papa die la Sat 2-Aug-2008 08:53
Posted by:nin
thanks, nin.. alhamdulilah semua selamat... muka fateh memang macam papa dia.. to fatin thanks alhamdulilah kami dah dapat sepasang... anyway boy ke girl ke tak kisah yang penting sihat betul tak Tue 19-Aug-2008 07:16
Posted by:ita
Adam cop fathnin Sun 14-Sep-2008 13:04
Posted by:fahmi
View all 4 comments Add comment


Monday, 14-Jul-2008 08:16 Email | Share | | Bookmark
Majlis Akikah Fateh

buaian Fateh
Fateh 40 hari
Lena anak mama
View all 4 photos...
Ini pertama kali untuk ita cuba upload gambar anak2 saje... asyik tengok fotopages orang je so teringin jugak nak komen untuk fotopages papa ni...
Ini gambar sewaktu majlis akikah Fateh. Waktu tu Fateh berumur 40 hari. kalau adat di tempat kami majlis habis pantang tu akan ada buaian yang dihias dan ada kumpulan marhaban... jadi untuk memenuhi adat, kami pun buat juga la buaian itu. ini adalah gambar sepanjang majlis tersebut.

hai ita..comel anak...do visit my fp...http://angahsu.fotopages.com Fri 18-Jul-2008 09:39
Posted by:suraiya mohd ali sue_ya@yahoo.com  - [Link]
ita n bakap.. tahniah!! fatin ketinggalan keretapi.. bestnyer korang pun dah sepasang.. fateh pun dah big boy skang.. take care! Sat 9-Aug-2008 11:19
Posted by:Fatin
Add comment


Monday, 26-May-2008 08:39 Email | Share | | Bookmark
ALHAMDULILLAH...isteriku selamat melahirkan anak...

 
 
 
View all 6 photos...
ALHAMDULILLAH..tiada ungkapan lain yg dapat ku ucapkan, tatkala memangku anakku yg kedua ini. Kini Fathnin Farisa anakku yang sulung sudah ada rakan sepermainan, Muhammad Fateh. Jika ada yg bertanya mengapa aku dan isteri memilih nama berkenaan...ialah kerana teruja dengan sejarah Islam yg lalu...jika nak tahu lanjut,
lawati: http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/26/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan-costantinople/
Bapa mana yang tak mahu anak-anaknya menjadi soleh & solehah... cabaran sudah bermula... didikan yg betul penentu segalanya... di zaman serba moden ini, sememangnya cabaran sangat berat.
Ita selamat melahirkan anak lelaki pada 21/5/2008 jam 11.20 pagi di Hospital Besar Melaka. Bayi ketika dilahirkan berumur 3.3kg. Dilahirkan sekali lagi secara pembedahan. Kali ini penyebabnya ialah bayi songsang.
Kulampirkan beberapa gambar untuk tatapan kalian.
Salam buat semua...ketemu lagi di lain masa.


tahniah bakap... mantap, hebat!! Thu 5-Jun-2008 02:20
Posted by:mizie + amy = damia  - [Link]
tahniah bakap..dapat sepasang anak..naper masuk inkubator (kunin ke)... Fri 6-Jun-2008 06:23
Posted by:mala  - [Link]
bakap.. awat dapat baby tak habaq kat aku..
tahniah, nama pun sedap dan bermakna
Fri 5-Sep-2008 23:31
Posted by:tetuan fadzli blog@fadzli.com
View all 8 comments Add comment


Sunday, 11-Nov-2007 14:44 Email | Share | | Bookmark
Egyptian Potion

 
Are you interested to try? Call or sms me...0136500544.
Free delivery within selected area in Melaka and will courrier to any states in Malaysia with agreed postage fees.

bakap.. kalau makan ni boleh jadi terer main bola tak? huhuhuhuuu
tumpang lalu....
Fri 16-May-2008 12:09
Posted by:fadzlizuka blog@fadzli.com
Add comment


Sunday, 30-Sep-2007 07:29 Email | Share | | Bookmark
Hamil? Premium Beautiful....

Premium Beautiful
Premium Beautiful
Bulan ini aku baru sahaja menjadi pengedar produk premium beautiful dek kerana nak hadiahkan kpd isteri kerana produk tersebut bukan sahaja untuk kecantikan, malahan yg paling penting utk kesihatan wanita. Antara yg telah memakai dan memberitahu pengalaman positif beliau ialah isteri Fazli (Pale), yang mana period jadi semakin baik dan susu badan yg sebelum ini terhenti jadi semakin lancar. Banyak lagi kebaikan lain yang boleh didapati di laman web berikut:
http://sihatlangsing.com/produk.html
Semasa penerangan CDM Kak Sikin, beliau menyatakan antara kebaikan lain produk ini ialah bagi yang subur akan menjadi semakin subur. Bila terdengar bab tu aku cuma tersengih jer
tapi tak sangka pula lepas pakai, bulan ini juga Ita test positif pregnant...sedangkan aku dan isteri dah puas mencuba sejak awal tahun tapi mungkin masih belum rezeki. Walaubagaimanapun, segalanya hanya ikhtiar...ALLAH yg menentukan. Nampaknya kena stop kejap pakai premium beatiful ni, masa berpantang nanti baru guna semua coz banyak kebaikannya.

bakap.. ada gambar masa main futsal aritu... sila sila lah lawat fp saya Tue 8-Apr-2008 13:35
Posted by:fadzlizuka akak os
salam, terima kasih sebab promo website saya di blog nih Mon 21-Apr-2008 09:02
Posted by:Nora nora@sihatlangsing.com
Assalamualaikum,

Tumpang tanya, ada tak sesiapa yang sudi tukar set Premium Beautiful dengan water filter BIO-Aura saya?
Saya ada water filter (new) nak tukar dengan set korset (new) . Sistem barter.
Harap-harap ada yang sudi, kalau ada hubungi saya. Terima Kasih
Mon 23-Mar-2009 01:58
Posted by:Hana hanariena@yahoo.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.